21 Feb 2012

CERPEN: deNgaN sEnYuMaN AkU mEneRimaNya


         Zira bingkas bangun dari katil  setelah melirik jarum jam di dinding nya tepat jam 8.45 pagi. Dia sudah terlewat untuk ke kelas. Zira tertidur selepas solat subuh tadi,mungkin terlalu penat menolong Amalina mengemas pakaiannya setelah teman baik nya itu menerima panggilan kecemasan dari kampung. Biasanya dia akan di bangunkan oleh Amalina teman sebiliknya tetapi disebabkan Amalina mengalami  sedikit kesulitan,dia terpaksa pulang ke kampung halamannya yang terletak d Perlis. Selain itu Amalina juga kawan kelasnya kolej tersebut. Zira atau nama penuh nya  Nur Ashikin Azira  bt Jamaluddin dan Amalina penuntut IPTS di Shah Alam.

     “Huh!! dah pukul 9.00 pagi? Sempat ke aku nak sampai kelas sebelum Cik Aiman masuk?? Ni la akibatnya kalau tidur tak ingat dunia. Mati la aku kalau Cik Aiman dah sampai,mesti budak kelas aku ketawakan aku dek denda yang Cik Aiman berikan nanti. Malunya..” ngomel Zira sendirian sambil betulkan tudungnya yang seperti dilanda rebut taufan tu.

     Cik Aiman adalah lecturer Zira dan Amalina  bagi subjek Undang-Undang Syarikat di kolej tersebut. Beliau seorang lecturer yang amat lucu dan amat di senangi oleh pelajarnya. Namun begitu beliau juga seorang yang menepati masa. Jika ada pelajar yang terlambat ke kelasnya,sudah tersenarai denda yang akan memalukan pelajar tersebut.    

     Selepas 10 minit Zira  berjalan dan berlari-lari anak untuk sampai ke kelasnya, akhirnya dia sudah hampir sampai juga di tepi pintu belakang kelas. Lagi beberapa langkah sahaja  untuk sampai di pintu hadapan kelas,dia terdengar nama nya dipanggil berulang kali.

     “Nur Ashikin Azira bt Jamaluddin!!!! Nur Ashikin…” belum sempat nama pelajar itu habis disebut,terdengar satu bunyi kuat yang datang nya dari arah pintu masuk kelas dan bunyi tersebut diiringi dengan gelak tawa pelajar-pelajar lain.

     “Nur Ashikin Azira..dah sampai kamu ya,tetapi tak sangka pula kehadiran kamu disambut sebegini rupa,” kata  Cik Aiman sambil menahan ketawa melihat Zira yang jatuh akibat tersadung di pintu depan kelasnya.

    “Bagus la kalau Cik dah perasan akan kehadiran saya ini,maafkan saya kerana terlambat,” terkial-kial Zira bangun dan mengutip bukunya yang sedang berkelimpangan di depan pintu. Merah padam muka Zira menahan malu yang menerpa di hatinya. “Macam mana aku boleh jatuh ni..Ya Allah malunya aku!!!,” jerit Zira dalam hatinya.

      Tanpa berfikir panjang Zira melangkah ke Cik Aiman dan bertanya apakah hukuman yang bakal diterima olehnya kerana terlewat datang kelas.Zira pasrah menerima hukuman yang bakal diterimanya,walaupun perkara itu akan memalukan dirinya buat kali kedua. Gelak tawa pelajar lain masih lagi kedengaran di cuping telinga Cik Aiman.

      Cik Aiman berdiri di hadapan pelajarnya dan merenung wajah Zira yang kecil molek itu. Zira hanya menundukkan mukanya menahan malu dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

     “Tak apalah Zira,hari ni saya lepaskan awak dan awak anggap lah kejadian tadi sebagai satu hukuman saya pada awak,” sindir beliau pada Zira. Sekali lagi terhambur gelak tawa pelajar lain. Zira mencari tempat kosong di belakang agar pembelajaran diteruskan dengan segera. Zira bersendirian kerana Amalina tidak hadir.

***
     Keesokannya langkah demi langkah yang diatur oleh Zira untuk ke kelas terhenti buat seketika apabila dirinya dihampiri seorang jejaka tampan yang mengenakan baju kemeja berwarna kuning cair dan di hiaskan dengan lilitan  tali leher yang kemas.

     “ Hari ni awal pulak awak ke kelas ye..takut terjatuh lagi ke??” tutur lelaki itu tanpa memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.
     “ Awak ni siapa?macam mana awak tahu kejadian semalam?setahu saya…,”belum sempat Zira menghabiskan soalannya,jejaka tersebut menghulurkan kad pelajar yang dipakainya.

     “ Saya Khairul,pelajar baru dalam kelas awak dan saksi akan adegan yang berlaku di pintu depan kelas kelmarin.hehehe,” kata Khairul sambil menggantung semula tali kad pelajar di lehernya.
     “ Oouh really???” balas Zira dengan nada kurang minat akan perkenalan mereka itu.
     “ Boleh saya berjalan dengan awak sampai ke kelas?,” Tanya Khairul sambil melebarkan senyuman nya yang manis itu kepada kawan baru nya itu.

     “ Suka hati awak la..lagi pun jalan ni tak ada nama saya pun dan  tak ada hak pun nak halang awak jalan sini,” balas Zira lagi. Baginya perkenalan itu tidak diundang. Tambahan pula dengan kejadian yang memalukannya semalam.

***
     “ Dah sebulan si Khairul tu dalam kelas kita,budak-budak lain semuanya dah mesra alam dengan dia. Aku ni yang kenal dia tiga hari lambat dari kau pun dah mesra jugak dia. Yang kau ni macam anti sangat dengan mamat tu apasal huh? Dia pun ada jugak cakap dekat aku yang dia pernah sembang dengan kau sekali je,pas tu kau x layan die dah. Kenapa ekk??,” kata Amalina pada Zira yang sedang khusyuk mentelaah Novel bertajuk Ruang Rindu.

     “ Aku x berminat la Amalina. Belagak semacam laki tu,menyampah aku!!!,” balaz Zira sambil menyelitkan penanda buku di novel tersebut.
     “ Aku tengok dia macam suka kan kau la Zira,kau tak perasan ke? Die selalu tengok kau masa dalam kelas. Dia cakap dia x pernah tengok kau senyum,so dia teringin tengok kau senyum,” kata Amalina dalam nada yang perlahan. Amalina kenal sangat dengan Zira yang sukar sangat mengukirkan senyuman itu. Dia takut kalau topic itu akan menyebabkan Zira melenting.

     “ Apa aku dapat kalu aku senyum kat mamat tu dan apa pulak kau dapat nak membela mamat tu?? Tak ada apa kan? Baik kau padamkan lampu dan tidur lagi bagus ok..nite,” balas Zira dengan nada yang tidak puas hati.
     “ Sorry la Zira..aku cakap ja.nite!!.” ngomel Amalina sendirian.

***
   “ Hai Nur Ashikin Azira bt Jamaluddin!!!,” sapa Khairul yang kini duduk di sebelahnya.
Zira hanya mengerling sedikit sahaja untuk mengenal pasti pemilik suara tersebut. Setelah dia mengetahui pemilik suara itu,dia meneruskan pembacaan novel yang berada di genggaman tangannya.
     “ Mahal sangat ke senyuman dan suara awak tu??? Depan novel ni boleh pulak awak senyum sorang-sorang kan.,” kata Khairul dengan senyuman sinis.

    “ Do i care???.”balas  Zira tanpa sambil menghempaskan novelnya atas meja. Dia sudah rimas dengan sikap si Khairul itu.
     “ Saya akan pastikan suatu hari nanti saya akan dapat senyuman dan hati awak sekali!!!,” jerit Khairul sambil melihat Zira mengatur langkah ke luar kelas. Jejaka itu tidak menghiraukan pandangan sekelasnya,yang dia tahu hatinya sudah terpaut dengan Zira.

***
     Awan di langit masih membiru walaupun maghrib ingin berlabuh di hujung hari. Khairul menghayati suasana yang menjadi rutin hariannya. Tanpa disedari selambak jambangan bunga dan beberapa buah novel sudah dilemparkan di hadapannya. Suasana petang itu lagi indah tatkala terpandang wajah Zira. Walaupun dia tahu kehadiran Zira itu sebenarnya ingin memudarkan suasana,namun dia tidak kisah. Khairul sudah mengetahui niat anak gadis itu. Dia pasti akan di marahi gadis itu kerana sering mengirimkan barang-barang tersebut.

     “ Saya tak perlukan semua ini dari seorang lelaki seperti awak,faham??,” tengking Zira pada Khairul.
     “ Seperti apa???seperti lelaki yang gila menunggu awak ke??,” kata Khairul tanpa segan silu.
    Zira terpaku dengan kata-kata jejaka itu. Sememangnya hati dia sudah terpaut kembali dengan keikhlasan Khairul,tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak pernah sangkut dengan mana-mana lelaki.

      “ Zira..saya tahu awak mempunyai perasaan yang sama pada saya. Kalau tidak sudah semestinya kiriman bunga saya pada hari pertama akan mendapat lemparan seperti ini kan??,” kata Khairul pada Zira.namun Zira masih mendiamkan diri.adakah dia sudah terperangkap??

     “Saya memberikan novel ini agar awak  tersenyum apabila menbacanya dan senyum itu di juruskan kepada saya saat kita bertemu. Sudah memadai bagi saya dengan sekuntum senyuman yang awak hadiahkan pada saya. Dengan senyuman itu saya beranggapan awak menerima saya sebagai sahabat awak dan saya berbesar hati jika awak menerima semua barang ini atas tanda awak menerima sya dalam hidup awak sebagai kekasih.” Kata Khairul pada Zira yang masih lagi menyepi mencari jawapan.

     Saat matahari berlabuh,Zira melemparkan sekuntum senyuman pada Khairul sebagai tanda sahabat dan berkata..” bunga dan novel ini saya ambil sebagai tanda percintaan kita.!!!”
  

nukilan noor izatul aina...baca la kalu ajin k...ikhlas dari ati...siyes x copy..=)
        
     
    
      

No comments:

Post a Comment